Cara Aku Jawab Exam

Ahakss, Mentang-mentang tengah dalam minggu study week, asyik nak update pasal exam je. Kau dah kenapa ehh? Sepak kang!

Okay, malas nak cakap pepanjang. Macam yang korang tau, aku ni budak law kan? So kalau dah jadi budak law tu, memang wajiblah kena mengadap berpuluh-puluh kes untuk satu subjek kan? Kalaulah, kalaulah, kalaulah kita ada kuasa sakti, cakap je "Wahai kes-kes law yang berpuluh iniew, sila masuk dalam otak hamba sekarang jugak!" Plinggg *sambil hayun kayu sakti* Tak payah sakit-sakit kepala nak hafal kan. Tapi malangnyee kita semua hanyalah manusia biasa. Cakap lah ayat sakti tu 26 juta kali pun, takkan menjadi punya. Yang jadi nak tau apa? Kau cuma ingat ayat sakti tu je lah. Tak dapat 30 markah pon kalau letak dalam paper.

BE CREATIVE!


Penat kan hafal? So bila dalam exam, aku akan ada perasaan geram bila soalan yang keluar tu bukan soalan yang memerlukan kes-kes yang lekat di otak aku nan satu iniew. Instead, keluar pulak soalan yang 20 markah dan dalam otak ni cuma ada satu or dua kes je. Macam mana nak goreng kasi score at least belas-belas kan? Dalam exam mana boleh tengok kawan sebelah. HAROM wehh! Kena tangkap kang naya jee.

So, apa yang aku akan buat is aku akan cuba jugak sedaya upaya guna kes-kes law yang maha banyak (and takda kaitan) and olah as if dia ada kaitan untuk menjawab soalan lecturer itu. Hah, macam judge dah buat kes sendiri. Ohh tidak-tidak-tidak. Bukan olah fakta kes. Cuma buat comparison je. Okay, contoh soalan pasal macam mana nak justify use of force under international law. Kes yang ada dalam otak ni cuma kes yang menunjukkan penggunaan force yang excessive and unjustified. Kes yang berkaitan dengan justification of use of force cuma ada seketul dua. So aku akan cuba jadik creative and compare kan kenapa kes A tak justified penggunaan force nya and kenapa case B pulak justified. Then buat la satu ayat conclusion. So secara tak langsung, kau ada dua kes instead of satu. Kan kan kan? Ataupun, letak je kes A lepas tu cakap "however, this case cannot be applied in this case because blah blah blah.." (Tapi tak tau lah strategi aku ni berjaya ke tak sebab aku tak tanda paper kan)

INTRO MESTI ADA!


Selain tu, mesti mesti dan mesti ada intro, content dengan conclusion. Wajib! Penat-penat kau belajar buat karangan intro, body and conclusion time sekolah rendah sampai menengah, bila masuk Uni taknak apply pulakk. Aiyoo ini maciamm aa tara bisa tolong maa. Lecturer ni pon orang biasa jugak. Kalau starting kau dah bagi point seketul, kau rasa dia boleh paham ke kau jawab soalan apa? Apa yang kau maksudkan? Cuba letak diri kau dalam kasut lecturer tu. Kau pun tak suka orang tiba-tiba takda intro teruih nak masuk body kan? Bayangkan manusia, sempurna ada kepala badan kaki semua tiba-tiba kau takda kepala teruih badan. Haa takut kan? So MESTI ada intro, content and conclusion. Kalau boleh conclude untuk setiap para lagi best. So lecturer faham kau dah nak melompat pi point lain.

SKETCH YOUR ANSWER


Next, biasanya kita dapat paper few minutes awal kan? Time tu berdebar-debar and perasaan nak tengok kertas soalan tu berkobar-kobar sebab takut kau lupa point kan? Relax-relax. Macam yang aku cakap sebelum ni, semua tu ada dah dalam otak, tinggal nak keluarkan je. Insyallah. So, bila dah dapat kebenaran menjawab tu, ambik 15 minit starting tu and TOLONG LAH SKETCH JAWAPAN KASAR kau dulu atas kertas soalan tu. Ehh bukan saja-saja aku suruh tau. Bila kau buat cmtu, baru kau boleh nilai, your strengths and weaknesses.Takdalah kau buat separuh jalan then decide nak tukar soalan sebab out of idea. No no no, masa nak jawab bukan nya panjang sangat. Sketch jawapan dulu, then insyAllah cara kau menjawab pun akan smooth sebab dah tau point apa yang nak guna, nak letak kat mana apa semua. Jangan dapat-dapat soalan terus excited jawab soalan no 1. Entah-entah soalan 5 lagi banyak point. So dah membazir kan?

TIME MANAGEMENT


Time management. Sangat-sangat penting. Budak course lain aku tak sure, tapi budak law ada 3 jam untuk jawab 4 soalan. So bila dah bahagi dengan adil dan saksama, kita cuma akan dapat approximately 45 minutes for each questions. So mesti patuh dengan masa ni. Time jawab soalan no 1, bila tengok masa yang diperuntukkan dah habis, move on pliss p no 2 (tapi kalau tinggal macam 1 point je, teruskan je lah) Jangan paksa jawab. Sebab kebiasaannya kau akan ada lebihan masa dalam 15-20 minit last-last tu, so guna untuk touch up soalan yang tak lengkap tu. Sebab dari pengalaman aku, nak compare touch up and jawab whole question from the beginning, touch up lagi tak ambik masa banyak. Even sebenarnya banyak gila nak touch up, tapi entah, memang tak ambik masa banyak. Tapi kalau kau baru nak jawab whole question, memang akan rasa terburu-buru and tak sempat.

PILIH DIRECT QUESTION


Untuk budak law, kita ada pilihan kan? Sama ada nak jawab problematic atau direct. Aku akan seboleh-bolehnya pilih direct question. Lagi-lagi kalau markah dia sedebuk 20 markah. Bukan apa, benda ni boleh membantu kita jimat masa. Cuba kau bayangkan, kalau kau go for problematic question kan, kau kena keluarkan issue, lepas tu setiap issue tu mungkin ada element. Then mungkin setiap problematic tu akan ada soalan anak-anak a b c d kan? Tapi kalau direct paling tinggi dua soalan, then markah pon macam berpatutan laa. So aku suggest ambik je soalan direct. Kalau kau boleh jawab la, kalau tak problematic pon problematic laa, kita bantai jee! Tapi make sure jaga masa ye.

HIGHLIGHT POINT


Tolong-tolong tolong tolong, highlight kan main point korang. Nama-nama kes, principle. So that bila lecturer nak tanda, sejukk hati dia sebab kita dah tolong keluarkan main point untuk dia fokus. Secara tak langsung, lecturer akan senang hati and insyAllah dia bagi markah best. Insyallah.

Okay dah, tu je. Semoga bermanfaat untuk semua.

P/s: Kalau lupa nama kes atau apa-apa principle, selawat la. Insyallah igt balik. Serious aku selalu lupa and alhamdulillah bila selawat, nama tu akan datang. Even bukan on the spot, time aku tengah jawab soalan lain mesti tetibe "ehh nama kes tu nii...." Cuba lah.




Regards,
Zaqqeya Amin

Macam mana nak study ni?




Hah tengok tajuk. Ada bunyi-bunyi macam poyo kan? Sorry lah, aku rasa macam nak cakap pasal ni pulak. Lagi-lagi sekarang ni tengah musim study week kan. Semua orang tengah struggle nak menghafal fomula matematik lah, hafal sejarah lah and in my case, budak-budak law tengah struggle nak hafal nama-nama cases yang berlambak-lambak tu (bayangkan kitorang dikerah untuk hafal 42 cases untuk SATU TOPIK. Topik lain berpuluh-puluh lagi. Memang mengundang)

Pernah ada orang datang tanya aku -

"Puzab, macam mana Puzab boleh hafal semua kes ni?"

"Nak tau cara study Puzab boleh?"

"Ni mesti sebab fokus dalam kelas kan pastu balik-balik bilik teruih revise" (Oii ang ingat aku ni rajin sgt kaa --')

The truth is aku bukan budak genius yang sekali baca terus lekat segala mak nenek fakta dalam otak. I still need some strategy untuk study. Kawan-kawan yang pernah duduk sebilik dengan aku mesti tau yang aku ni bukan jenis study smart. Sama je dengan orang lain. Aku suka study last minute. Kalau study awal-awal pon bukan ingat bila nak exam. Tapi aku memang salute la orang yang boleh consistent study ni. So here are what I do...

Solat Awal Waktu PLIS!


Yang ni aku baru amalkan. Tolong jangan nak over sangat study sampai solat akhir-akhir waktu. Weyy kau nak Allah tolong dalam study kan? So make sure untuk JAGA hubungan kau dengan Allah. Okay cuba bayangkan eh. Kau nak mintak tolong Aminah suruh buangkan sampah. Tapi kau tak pernah nak berbaik dengan dia, cakap kasar-kasar, perli-perli. Kau rasa Aminah tu nak tolong kau? Memang sorry to say la, tak hado nak tolong do.

Same things applied here. Kalau kau rasa kau tu hamba yang lemah. And perlukan pertolongan dari Allah nak buat sesuatu, plis plis plis jaga hubungan kau. Yang aku selalu buat, aku akan set target. Contoh nak habiskan sampai slide ke-6, then tiba-tiba masuk azan Zohor, aku still proceed habiska target sampai slide ke-6 tu TAPI lepas dah accomplished aku akan terus ambik wuduk and solat. Takde tangguh-tangguh nak habiskan satu chapter laa ape laa.

Dulu aku macam tu lah, dah azan "alahh, sikit lagi nak habis chapter ni. Alang-alang solat lepas dh habis satu chapter lah (Which time tu masih ada like 20 slides memang lama gila nak hafal apa semua kan.)" So sekarang ni, dengar je azan, cepat-cepat set target nak habiskan sampai satu slide then habis slide, terus p solat ye anak-anak. Kang tak sempat mak takleh nak buat pape.


Dah cuba hafal, tapi ilmu tu macam taknak lekat?



Masyallah, penat kan bila kita dah baca berpuluh kali, tapi ilmu tu macam tersekat. And kau rasa stress and tension. Weyy, cuba muhasabah sikit diri tuu? Dah berapa lama tak pegang Quran? Dah berapa lama solat lewat? Aku pon pernah jugak menghadapi situasi macam ni. Biasanya kita kena balik semula kepada Pencipta laa kan? Buatlah solat sunat ke, baca quran dua tiga muka ke. Mintak ketenangan hati.

Sebab bila kita dalam keadaan macam tu, kita terbukak kepada serangan Asy-Syaiton yang teramat jahat dan kurang diajar. Kita akan bersangka buruk dekat Allah and akan rasa macam nak mengamuk dan marah-marah. Kalau perlu, menangis lah. Buatlah apa-apa yang boleh tenangkan hati. Sebab ilmu tu adalah nuur and nur takkan lekat dekat hati yang hitam berdaki. Masyallah, banyakkan istighfar taw!

Aku pernah dalam situasi ni time nak exam DIJAP. Weyy stress gila. Bayangkan kau takde masa nak study and esok kau ada dua paper DIJAP yang susah gila nak faham slides nye. Dah la slide in english tapi answer in BM. Kau rasa? Time tu memang stress gila, baca-baca hafal-hafal tak masuk-masuk. Masa pulak dah makin suntuk. Tapi aku buat macam tu la, menangis dekat telefon sekejap, ambik wuduk, then cuba membaca balik. Terasa macam tak yakin dengan ilmu yang ada tapi Alhamdulillah, esoknya, apa yang aku baca semua keluar. See, Allah akan bantu kau kalau kau jaga hubungan dengan DIA. InsyALLAH.


Sebarkan Ilmu yang Kau Hado



Aku rasa maybe in future aku akan jadi lecturer. Sebab apa? Aku ni suka volunteer nak ajar and bagi orang paham something. Aku nak diorang paham and ingat principle tu sama macam mana yang aku faham. Macam tu sekali. Kahkahkah.

So aku akan tiba-tiba ceramah dekat kawan sebelah aku principles yang aku tau. Cara ni mungkin akan annoyed people kan, tapi hahaha takleh nak kawal perasaan tu. Biasanya yang kena ialah besfren sendiri la kan? Siapa lagi yang duduk sebelah kau time dalam kelas. Haha. Tapi aku memang suka ajar orang. Lagi-lagi kalau orang tu datang and tanya brief explanation pasal satu topik. And aku akan buat macam-macam cara nak bagi diorang paham and ingat time nk jawab exam. Sebab mostly semua akan tanya aku bila lagi 15 minit nak exam. So yeah, hopefully, even sikit apa yang aku ajar last minute tu membantu diorang dalam exam.

Tak rugi pun share ilmu kau dengan orang lain.

Tolong kawan-kawan lain untuk sama-sama ingat fakta kes/nama kes


Mungkin kau dianugerahkan dengan satu anugerah yang mana kau senang sangat nak ingat nama kes, fakta kes and tahun kes. Tapi tak semua ada anugerah tu. So why not kau tolong kawan-kawan lain hafal kan?

Macam aku, alhamdulillah aku takde masalah sangat nak ingat nama kes (kecuali kes cina). Tapi tak dinafikan sometimes aku pon mengalami masalah susah nak hafal. So what I did to help my friends is that aku akan cuba buat gaya-gaya atau sebut perkataan yang kawan aku boleh relate dengan kes tu. Kadang-kadang kita lagi ingat practical daripada theory kan? Contohnya kes Rainbow Warrior, aku akan cakap "Apa yang akan muncul lepas hujan? *jawapan* and pahlawan tengah tengok ciptaan Allah tu?" Then immediately, insyALLAH kawan tu akan tau kes tu nama dia Rainbow Warrior and insyALLAH akan ingat sampai masuk exam (sebab aku pun macam tu).

Cara lain, aku akan buat gaya macam tengah berlawan/ tengah makan/ tengah apa-apa lah untuk tolong diorang ingat fakta kes atau nama kes. It worked I think. And it also helps me in remembering the cases. Serious. Sebab dalam masa yang sama, aku akan cuba ingat-ingat balik fakta and nama kes, just in case diorang xleh jawab kan. Ni memang kena cuba!

Once dah ingat and kau nak revise, MAKE SURE jangan tengok slides/buku! 


Hah? Tak faham kan? Macam mana nak revise kalau tak tengok balik slides/buku tu? Gilo ko apo? No no no no! Ni memang arahan keras. Aku selalu marah dekat kawan-kawan aku bila diorang tak ingat, tangan tu laju je nak pi bukak slide/buku. Personally, kalau aku tengah menghafal nama-nama kes, and aku lupa then terus bukak buku atau slide, aku ada tendency untuk lupa lagi. Tapi bila aku kerah seketul otak ini untuk berfikir, surprisingly, dia akan stay jee kt dalam tu. Biiznillah jugak.

So sebab apa aku marah? Sebab benda tu ada je dalam otak kita. Terselit dekat pelipat-pelipat otak tu. All you have to do is dig into your own brain and carik info tu. Sebab once kita terlupa and cuba nak ingat balik apa-apa info tu, in future, insyALLAH kita akan selalu ingat sebab otak kita dah register "Ohh ni lah tempat yang Puzab terlupa tu. Kena pay extra attention ni." Lepas tu dia akan click save and insyALLAH kau tak lupa dah.


Cuba imagine kedudukan fakta tu dalam otak



Bila kita hafal-hafal pape, jangan hafal bodoh-bodoh jee, cuba ingat sekali kedudukan kes tu, principle tu dekat slide bahagian mana. So bila buat macam ni, insyallah takkan tertinggal satu fakta pun. Sebab kau akan bayangkan slide by slide. Cubalah, insyallah berkesan and membantuu!


Permudahkan urusan orang lain, Insyallah Allah permudahkan urusan kau



Sesibuk mana pun urusan kau, sebusy mana pun kau study, kalau kau boleh permudahkan urusan orang, permudahkan lah. And insyallah orang tu pun akan mendoakan yang baik-baik untuk diri kau. Cuba lah.

Aku ni jenis yang suka buat nota untuk diri sendiri. Tapi bila madam takde upload nota, aku rasa bertanggungjawab-lah-sangat untuk share nota aku dengan kawan-kawan. Tapi takkan Asy-Syaiton yang kejam tu nak biarkan kau berbuat kebaikan pulakk? No no no no! Dia mesti akan inject satu perasaan dengki dengan masa yang kau dah spend untuk buat nota and bila kau share dekat kawan-kawan kau, diorang tak payah bersusah payah nak buat nota dah.

Weyyy! Apa punya otak laa dok pikir macam tu. Cuba pikir the brighter side. Bila kau dah share, kawan-kawan kau pun belajar kan? Bila kawan-kawan kau dah belajar and amalkan benda tu, explain pulak dekat orang lain, kau pun akan dapat pahala taww! Nampak tak chain of pahala tu? Free-free je dapat pahala selambak haa. Sebab tu kata jangan kedekut dengan orang. Kita buat baik, insyallah dibalas baik.

Okay dah tu je bebelan aku hari ni. Nanti kalau rajin aku update lagi okayy :* Good luck semua untuk final nanti. Hikhokkk

P/s: Apa yang aku cakap dekat atas ni bukan niat untuk membanggakan diri jauh sekali untuk riak. Please take the positive one je and neglect the negative yehh! Hopefully membantu semua orang.



Regards,
Zaqqeya Amin

Best tak kawin awal?





"Puzab, best tak kawin awal?"

"Puzab, enti boleh balance ke antara kawin and study? Mcm susah je"

"Puzab, susah tak kawin awal?"

Puzab itu.. Puzab ini..

Banyak and selalu sangat orang approach and tanya pasal soalan-soalan dkt atas ni. Kadang-kadang sampai terfikir sendiri, senang ke kawin ni? Boleh ke balance dengan belajar? 

Bila orang tanya, rasa macam obligated lah untuk jawab kn. Biasanya aku akan tanya balik, nak jawapan jujur ke nak jawapan yang kebanyakan orang nak dengar? Hihi.

Bila dah kawin, apa perasan aku? Personally, kawin memang best. Sbb once dah kawin kau akan dapat kawan for the rest of your life. Kau akan ada someone untuk dengar cerita kau setiap hari. Someone that you can rely on. Siapa taknak kan? Lagi-lagi untuk orang yang insecure takut takda kawan macam aku ni 😂

Tapi macam biasa, with great feelings and happiness come great responsibilities kan? Bila kau dah kawin, it's not about you anymore. It's about you and your spouse. 

Kalau dulu kau boleh berlapar tak hiraukan masa makan sebab study, sekarang tak boleh dah sebab kau kena fikir pasal pasangan kau. Lapar ke dia, nak makan ke dia. Kalau dulu kau boleh tidur lewat bangun lewat, sekarang tak boleh, kena bangun pagi siapkan sarapan untuk santapan pasangan kau.

See, it's not about you anymore. Bila kau dah kawin, especially perempuan, kau kena fikir perut suami kau. Kena rajinkan tangan masak.

My experience, suami aku adalah one type of man yang sangat suka makan *typical men kan?* Tapi dia kawin dengan aku yang tak berapa mahir dalam memasak. So among the hardest and difficult moment was time awal-awal suami mintak nak makan itu nak makan ini. Serius asyik rasa nak marah jee sebab kita tak reti masak kan? Tapi let's look at the brighter side, secara tak langsung, aku belajar memasak and alhamdulillah makin rajin masuk dapur masak *bila omak den tak masak la*

Cabaran lain yang aku rasa lepas kawin is bila aku nak study. Kawan-kawan yang kenal aku mesti faham, aku ada satu perangai yang boleh berangin kalau orang kacau aku study. Ajak borak itu ini *terpakai bila dekat-dekat nak midterm test or final*. Bila dah kawin ni, Allah temukan jodoh aku dengan orang yang sangat rajin usik-usik and borak-borak time aku study. Buatlah muka serius macam mana pun, bila suami nak kacau dia tetap buat derkk je and kacau.

Gila kau tak layan suami cakap. Layan je, tapi response tu lambat sikit lah. Kadang-kadang few minutes baru aku reply. At least aku cuba kan? Hihi. Tapi memang agak susah laa ini maciamm😁

Tu baru ajak berborak, belum mintak potongkan kuku, korekkan telinga lagi. Masyallah, kalau kesabaran tu tipis memang boleh meletup. Eehikkss, tapi aku memang suka manjakan suami aku. Awal-awal kahwin memang dah cakap dekat suami, 'Potong kuku, korek telinga semua biar yang yg buat. Jangan mengada-ngada buat sendiri.' So memang bertabahlah bila suami mintak ditunaikan janji. Yang penting, disamping manjakan suami, dapat PAHALA sebab gembirakan hati suami, insyALLAH. Nak kan pahala free? 

Sekarang aku ada satu perangai yang nak cuba masak demi kegembiraan perut sang suami. Even cuma masak nasi goreng kampung and telur mata. Even. Masih jugak nak masak sebab suka tengok suami yang seronok makan tu. Tapi kalau dah craving nye yang bukan- bukan tengah-tengah malam, memang malas laa aku nak melayan kan?

Tapi bagi aku, Allah takkan bagi jodoh kau awal, kalau Allah tau kau tak mampu.  Mesti sebab kau mampu, that's why Allah datangkan jodoh kau awal. Insyallah, whatever happen, kau mesti boleh atasinye. So soalan macam mana nak balance study and kawin, susah me tak kawin awal, aku rasa korang dah dapat jawapannya kan?

Tak susah kawin awal, cuma tanggungjawab kau makin banyak la. Tu je aku nak share 😊 And untuk menjawab soalan semua, best kahwin awal. Tapi tanggungjawab makin besar and banyak. Siapa-siapa yang dah ada orang masuk meminang, and korang memang suka dengan lelaki tu, jalan je lah. Insyallah Allah akan tolong sepanjang perkahwinan korang nanti. Ameen


Regards,
Zaqqeya Amin