Perempuan dengan bersalin memang takleh nak dipisahkan kan?
Kalau dah memang rezeki, memang semua orang akan tempuhi pengalaman bersalin tu. Tak kesah lah normal atau czer. Alhamdulillah, 7 September 2016 haritu ku dah selamat melahirkan seorang baby boy, berat 2.98 panjang tak ingat kena tanya papa dia.
So basically, entry harini nak cerita pengalaman Yaya bersalin anak sulung secara czer and macam mana Vivix bantu HILANGKAN rasa sakit lepas ubat bius hilang. Yeah mann, you heard me. HILANGKAN terus tau. Bukan setakat kurangkan je.
Isnin 5/9 tu, Yaya dengan hubby pergi klinik macam biasa nak buat antenatal check up. So hari tu ada new thing yang kitorang kena buat which is CTG. Doktor nak cek jantung baby. Camtu lah. So basically, the graph tu kena turun naik turun naik untuk tunjukkan baby tengah aktif dalam perut tu. Kalau tetibe graph tu statik je, memang perut kau akan digoncang-goncang oleh doktor tu. So itu lah yang jadik. Si Adam decide nak tido pulak time time scan tu, so doktor pon henyak-henyak lah perutku.
Selasa 6/9 tu, macam biasa bangun nak solat subuh. Tetibe rasa macam ada air turun. Laju and banyak. Ala-ala tengah period gitu sebab takleh nak tahan-tahan kan. Yaya dah cuak dah. Panggil husband bgtau mungkin ketuban pecah ni. So kitorg rush pergi hospital (sempat jugak pekena roti canai hihi)
Masuk ja jumpa doktor, memang sah air ketuban dah pecah, nak tak nak memang kena deliver dalam masa terdekat ni (Time tu kandungan baru 36w 5d kot kalau tak silap)
So kitorang diberi tiga pilihan, tunggu laluan bukak naturally within 24 hours, induce atau immediate czer. Kitorang decide the first, acah-acah nak bersalin normal gituh. Tapi doktor dah pesan siap-siap, kalau by 6.30 am Rabu laluan tak bukak jugak, terpaksa induce.
Sepanjang nak tunggu 6.30 am the next day tu, memang Yaya berdoa sungguh-sungguh supaya laluan bukak. Surah Maryam jangan cakap laa, kalau tak baca sendiri, bukak dalam fon biar syeikh-syeikh bacakan. Doktor pesan suruh minum air bebanyok kut kut laa boleh top-up air ketuban tu semula. Memang berbotol-botol lah ku suruh suami bancuh Performance Drink. Kita ikhtiar.
The next day, masih takde tanda-tanda contraction pon. Even yang tipu-tipu pon takde. So doktor decide untuk induce. Take note ya, once ketuban dah pecah, doktor akan bg 24 hours utk tunggu laluan bukak sendiri, kalau tak bukak jugak memang induce lah jawabnye. Sebab takut baby kena jangkitan pape.
So induce lah den. Pukul 6.30 tu dah disuruh puasa, just in case terpaksa emergency czer. Yaya di-induce pakai drip. Masuk air dalam tangan. Tapi, sakit tak datang-datang. Pukul 9 induce, pukul doblas masih tak sakit sangat. Pukul 11 perutku dah start kriuk kriuk. Nak minum ESP pon dia tak bagi. Mana nak dapat tenaga. Punya buat muka kesian dekat nurse, alhamdulillah dia bagi makan biskut dengan air milo. Tahan lah perutku untuk seketika.
Rasanya pukul 1 baru start sakit-sakit. Tapi tu pun sikit sgt sakitnya. Macam bukan tanda nak bersalin pon.
Doktor cek laluan pukul 10 dah bukak 2cm. So next check bukaan, pukul 5 supposedly dah bukak 8cm. Doktor yang cek tu doktor yang in charge untuk czer. Dia siap pesan 'Make sure jalan bukak ya. You don't wanna see me again' sambil sengeh-sengeh seram.
Pukul 5 check, MASIH 2cm. Frust gila perasaan Yaya time tu. Tapi control la, kengkonon ceria jaa. Doktor tanya, 'Nak tunggu laluan lagi ke? Tapi takde jaminan laluan akan bukak. Kita suggest czer.' Sebelum ni, time tengah pregnant kan si Adam, memang gila-gila cakap kat husband, Yang TAKNAK czer. NAK BERSALIN NORMAL. Bila dengar doktor cakap macam tu, hampir-hampir menitik air mata ni. Tapi tahan sebab taknak suami risau.
Discuss dengan suami & bondaku, kitorang decide untuk czer ja. Kalau tunggu and jalan bukak pon, takut Yaya tak larat nak push sebab tak makan since 11am tadi. So rasenye the best decision is Czer kot time tu.
Hati ni Allah ja tau betapa takutnya. Orang lain lagi risau kalau tengok kita takot2 cuak2. Hati ni cuak sebab selalu baca pengalaman orang lepas czer sakit nok mapuh. Katanya lepas je kebas tu hilang, sakit kat perut tu akang mencengkam-cengkam. Memang menangislah kau sensorang tahan sakit tu.
So nurse prep la untuk operation. Dia suruh pakai baju untuk bedah tu, yang ikat kt belakang. Nurse kata, operation pukul 6.30. Dalam pukul 6.25 tu dah siap-siap nak p masuk bilik bedah. Naik wheelchair. Hallamakk, tatottt tatottt
Nurse siap pesan, 'taknak salam-salam dulu ke dengan family (suami, bonda & sistah)?' Wey lagi laa kecut perut ni. Macam ada harapan salam terakhir jaa. Nurse ni pon. So salam-salam, peluk-peluk, cium-cium, nurse pon tolak masuk bilik. Igt lagi soalan ku dkt nurse tu
'Nurse, apa chances sy ni? 50 50 ke? Semua yang czer tu selamat ke? Ada yang tak selamat tak?' Dan ku selamat digelakkan oleh nurse tu. Dia kata selamat insyallah.
*Banyak sangat tengok drama melayu. Hah camtu la jadinyee
Kalau pilih nak czer, dia bius separuh badan ja ya. Takda bius penuh. So kalau berani, boleh lah tengok doktor godek godek perut kau dari pantulan lampu kat atas kepala tu.Time bedah tu nurse siap cakap lgi 'Kalau Puan nak tengok, boleh tengok dari atas ni ye.' Memang tak ler ai tengok, ngeriii. Yaya mintak dekat nurse nak tengok baby lepas doktor keluarkan dari perut ni ha. Hihi. So, bedah-bedah, around 6.58 camtuh dengar la uwekkk uwekkkk baby nangiss. Doktor tunjuk dkt Yaya baby tu, dalam hati 'alahai, kecik je rupanya, igtkn besar sangat yang taknak turun ikut bawah tuu, nak jugak guna tingkapp'.
Baca dari pengalaman orang, lepas ja bius tu hilang, barulah rasa sakit yang hammat kat bhgian perut tu. Amagaddd, berdebar-debar jantung ni haa nak tunggu 6 jam bius hilang. Serious tak senang duduk. Dah lah kaki kebas tak berasa ape, pastu hati ni macam nak copot pon hado pikir sakit yang bakal tiba tu. Lepas bius hilang, terus Yaya togok satu sudu Vivix. (Selagi kaki kebas tak berasa, takleh makan pape ye. Takut muntoh)
Surprisingly, malam tu Yaya boleh tidur LENA tanpa gangguan sakit-sakit langsunggg! Serious tak sakit. Tak macam apa yang orang share dalam blog blog. Rasa macam tak bersalin pon ada. Mula lah terdetik dalam hati, ish orang-orang yang tulis pengalaman dalam blog tu tipu ke?
Alhamdulillah, harini dah hari ke 30 pantang, takde lagi pedih kt bahagian jahitan tu. Takde lagi sakit ke apa ke (cuma awal-awal nak bangun dari katil kena slow slow lah). Lain-lain memang tak sakit. Bayangkan, seminggu pantang dah boleh naik tangga. Nak cakap memang tak sakit langsung tempat bedah tu. Omam siap cakap lagi
'Senang rupanya jaga pantang orang czer ni. Cuma jaga bahagian luka je. Makan apa semua tak payah pantang sangat.'
Momm, bukan senang jaga orang berslain Czer mam. Senang jaga orang bersalin yang awal-awal lagi dah togok Vivix sesudu. Alhamdulillah. Bila omam cakap kalau bersalin normal tak boleh jalan laju-laju lah, tak boleh duduk lasak-lasak lah, Yaya bersyukur Yaya bersalin czer. Badan tak masuk angin, tak lenguh-lenguh. Serious macam tak bersalin then tetibe dah ada baby. Siap rasa macam taknak bersalin normal sebab tgk kakak macam sakit gila ja.
Rasa maca bersyukur sangat-sangat sebab first thing yang masuk dalam perut ni lepas kebas hilang is Vivix. Memang tak salah pilihan nak bershaklee dari mula lagi. Alhamdulillah.
So, untuk yang bakal bersalin, misal kata ada masalah takleh bersalin normal, jangan takut, beli Vivix siap-siap, and insyALLAH pengalaman bersalin Czer awak-awak tu tak sakit pun.
SMS / Whatsapp Yaya di 013-7230029 untuk pesanan. Yaya berani jamin, it is worth buying this product sebab memang Yaya dah rasa kesan dia. Buat apa mommies tanggung sakit czer berminggu-minggu or even berbulan-bulan kalau boleh hilangkan dengan asbab Vivix ni?
Zaqqeya Amin
SID 1234656
SMS/ Whatsapp 013.723.0029
No comments:
Post a Comment