Ahakss, Mentang-mentang tengah dalam minggu study week, asyik nak update pasal exam je. Kau dah kenapa ehh? Sepak kang!
Okay, malas nak cakap pepanjang. Macam yang korang tau, aku ni budak law kan? So kalau dah jadi budak law tu, memang wajiblah kena mengadap berpuluh-puluh kes untuk satu subjek kan? Kalaulah, kalaulah, kalaulah kita ada kuasa sakti, cakap je "Wahai kes-kes law yang berpuluh iniew, sila masuk dalam otak hamba sekarang jugak!" Plinggg *sambil hayun kayu sakti* Tak payah sakit-sakit kepala nak hafal kan. Tapi malangnyee kita semua hanyalah manusia biasa. Cakap lah ayat sakti tu 26 juta kali pun, takkan menjadi punya. Yang jadi nak tau apa? Kau cuma ingat ayat sakti tu je lah. Tak dapat 30 markah pon kalau letak dalam paper.
BE CREATIVE!
Penat kan hafal? So bila dalam exam, aku akan ada perasaan geram bila soalan yang keluar tu bukan soalan yang memerlukan kes-kes yang lekat di otak aku nan satu iniew. Instead, keluar pulak soalan yang 20 markah dan dalam otak ni cuma ada satu or dua kes je. Macam mana nak goreng kasi score at least belas-belas kan? Dalam exam mana boleh tengok kawan sebelah. HAROM wehh! Kena tangkap kang naya jee.
So, apa yang aku akan buat is aku akan cuba jugak sedaya upaya guna kes-kes law yang maha banyak (and takda kaitan) and olah as if dia ada kaitan untuk menjawab soalan lecturer itu. Hah, macam judge dah buat kes sendiri. Ohh tidak-tidak-tidak. Bukan olah fakta kes. Cuma buat comparison je. Okay, contoh soalan pasal macam mana nak justify use of force under international law. Kes yang ada dalam otak ni cuma kes yang menunjukkan penggunaan force yang excessive and unjustified. Kes yang berkaitan dengan justification of use of force cuma ada seketul dua. So aku akan cuba jadik creative and compare kan kenapa kes A tak justified penggunaan force nya and kenapa case B pulak justified. Then buat la satu ayat conclusion. So secara tak langsung, kau ada dua kes instead of satu. Kan kan kan? Ataupun, letak je kes A lepas tu cakap "however, this case cannot be applied in this case because blah blah blah.." (Tapi tak tau lah strategi aku ni berjaya ke tak sebab aku tak tanda paper kan)
INTRO MESTI ADA!
Selain tu, mesti mesti dan mesti ada intro, content dengan conclusion. Wajib! Penat-penat kau belajar buat karangan intro, body and conclusion time sekolah rendah sampai menengah, bila masuk Uni taknak apply pulakk. Aiyoo ini maciamm aa tara bisa tolong maa. Lecturer ni pon orang biasa jugak. Kalau starting kau dah bagi point seketul, kau rasa dia boleh paham ke kau jawab soalan apa? Apa yang kau maksudkan? Cuba letak diri kau dalam kasut lecturer tu. Kau pun tak suka orang tiba-tiba takda intro teruih nak masuk body kan? Bayangkan manusia, sempurna ada kepala badan kaki semua tiba-tiba kau takda kepala teruih badan. Haa takut kan? So MESTI ada intro, content and conclusion. Kalau boleh conclude untuk setiap para lagi best. So lecturer faham kau dah nak melompat pi point lain.
SKETCH YOUR ANSWER
Next, biasanya kita dapat paper few minutes awal kan? Time tu berdebar-debar and perasaan nak tengok kertas soalan tu berkobar-kobar sebab takut kau lupa point kan? Relax-relax. Macam yang aku cakap sebelum ni, semua tu ada dah dalam otak, tinggal nak keluarkan je. Insyallah. So, bila dah dapat kebenaran menjawab tu, ambik 15 minit starting tu and TOLONG LAH SKETCH JAWAPAN KASAR kau dulu atas kertas soalan tu. Ehh bukan saja-saja aku suruh tau. Bila kau buat cmtu, baru kau boleh nilai, your strengths and weaknesses.Takdalah kau buat separuh jalan then decide nak tukar soalan sebab out of idea. No no no, masa nak jawab bukan nya panjang sangat. Sketch jawapan dulu, then insyAllah cara kau menjawab pun akan smooth sebab dah tau point apa yang nak guna, nak letak kat mana apa semua. Jangan dapat-dapat soalan terus excited jawab soalan no 1. Entah-entah soalan 5 lagi banyak point. So dah membazir kan?
TIME MANAGEMENT
Time management. Sangat-sangat penting. Budak course lain aku tak sure, tapi budak law ada 3 jam untuk jawab 4 soalan. So bila dah bahagi dengan adil dan saksama, kita cuma akan dapat approximately 45 minutes for each questions. So mesti patuh dengan masa ni. Time jawab soalan no 1, bila tengok masa yang diperuntukkan dah habis, move on pliss p no 2 (tapi kalau tinggal macam 1 point je, teruskan je lah) Jangan paksa jawab. Sebab kebiasaannya kau akan ada lebihan masa dalam 15-20 minit last-last tu, so guna untuk touch up soalan yang tak lengkap tu. Sebab dari pengalaman aku, nak compare touch up and jawab whole question from the beginning, touch up lagi tak ambik masa banyak. Even sebenarnya banyak gila nak touch up, tapi entah, memang tak ambik masa banyak. Tapi kalau kau baru nak jawab whole question, memang akan rasa terburu-buru and tak sempat.
PILIH DIRECT QUESTION
Untuk budak law, kita ada pilihan kan? Sama ada nak jawab problematic atau direct. Aku akan seboleh-bolehnya pilih direct question. Lagi-lagi kalau markah dia sedebuk 20 markah. Bukan apa, benda ni boleh membantu kita jimat masa. Cuba kau bayangkan, kalau kau go for problematic question kan, kau kena keluarkan issue, lepas tu setiap issue tu mungkin ada element. Then mungkin setiap problematic tu akan ada soalan anak-anak a b c d kan? Tapi kalau direct paling tinggi dua soalan, then markah pon macam berpatutan laa. So aku suggest ambik je soalan direct. Kalau kau boleh jawab la, kalau tak problematic pon problematic laa, kita bantai jee! Tapi make sure jaga masa ye.
HIGHLIGHT POINT
Tolong-tolong tolong tolong, highlight kan main point korang. Nama-nama kes, principle. So that bila lecturer nak tanda, sejukk hati dia sebab kita dah tolong keluarkan main point untuk dia fokus. Secara tak langsung, lecturer akan senang hati and insyAllah dia bagi markah best. Insyallah.
Okay dah, tu je. Semoga bermanfaat untuk semua.
P/s: Kalau lupa nama kes atau apa-apa principle, selawat la. Insyallah igt balik. Serious aku selalu lupa and alhamdulillah bila selawat, nama tu akan datang. Even bukan on the spot, time aku tengah jawab soalan lain mesti tetibe "ehh nama kes tu nii...." Cuba lah.
Regards,
Zaqqeya Amin
No comments:
Post a Comment